Panduan Berkahwin Ikut Cara Islam

on 08 December 2011

Panduan Berkahwin Ikut Cara Islam

Gua nak kongsi sikit panduan berkahwin ikut cara Islam. Sekarang ni gua tengok orang baru kawin banyak yang buat benda2 yang tak perlu buat. Contohnya macam cium dahi isteri lepas akad nikah. Dari ceramah Ustaz Azhar yang gua tengok di YouTube, benda cium2 dahi cium pipi ni tak boleh buat sebab bercium di depan khalayak ramai. Walaupun dah sah sebagai suami isteri, masih perlu menjaga adab supaya tak menggugurkan maruah.

Ada juga yang mempersoalkan tentang Nabi mencium pipi isteri. Ustaz Azhar jawab yang Nabi cium isteri tu Nabi tak buat di depan orang ramai, tapi ada orang TERNAMPAK Nabi mencium pipi isterinya.

Benda cium2 time kahwin ni dikatakan meyerupai cara orang berkahwin di gereja (Kristian). Orang dulu2 berkahwin, suami hulur tangan, isteri cium tangan suami. Sekarang ni dah buat cium pipi cium dahi. Tahun2 akan datang tak tau cium bahagian mana pulak.


Ada beberapa isu lagi yang berlaku dalam perkahwinan Islam sekarang ni. Boleh klik link bawah ni untuk tengok video ceramah Ustaz Azhar.

Kepada kaum lelaki yang nak berkahwin atau bernikah, buat perkara berikut selepas selesai akad nikah.
  1. Solat 2 rakaat dan sujud syukur.
  2. Datangi isteri, bagi salam padanya, pegang ubun-ubun kepalanya dengan tangan kanan dan berdoa "Ya Allah, aku mohon kebaikan dari perempuan yang menjadi isteriku."
Jangan pula menambahkan sesuatu yang dilarang dalam majlis kahwin seperti cium di khalayak ramai, renjis2, sanding depan orang ramai, dll, supaya perkahwinan ia diberkati Allah. Bagi mereka yang nikah di masjid, pastikan saudara mara perempuan yang datang bulan dan yang tak tutup aurat tidak memasuki masjid. Elakkan bercampur lelaki dan perempuan. Tak payah bawa hantaran ke masjid dan hanya perlu bawa mas kahwin. Pengantin jangan berpeluk-pelukan dan bergambar dengan aksi-aksi yang tidak sopan dalam masjid. InsyaAllah diberkati. - Syahirul.com

Patut la ramai yang rasa membebankan je bila nak kahwin. Macam2 kena buat. Modal pulak besar. Dengan sewa pelaminnya, mas kahwin hantaran ribu2, nak kena tempah baju lagi, nak beli tu beli ni, bayar tu bayar ni, bayar upah photographer.. macam2. Benda yang tak perlu buat pon kena buat jugak. Perkahwinan yang mudah jadi menyusahkan kerana terlalu ikut adat yang tak tau sape dia yang mulakan. Kalau tak ikut kang ada yang mengata di belakang pulak. Yang tu lagi tak senonoh. Dah paham sangat dah..


** Panduan Berkahwin Ikut Cara Islam dipetik dari blog zzqah.com
 
Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comment(s)... read them below or add one }

Post a Comment

Sila komen menggunakan bahasa yang molek.
Jangan nak buat pasal kat sini.. dan....
tolong jangan buat spam kat sini ye?
Atau nak kene tampor?

 
2014 © Cetusan Suara - All Rights Reserved
Powered by Thesis for Blogger - Customized by Cetusan Suara.